Friday, 27 June 2014

Serban rasulullah

1. Jabir RH meriwayatkan bahawa tatkala Mekah ditawan maka Rasulullah s.a.w memasuki kotanya dengan memakai serban hitam

( Sohih Muslim, Bab Manasik / Sunan Abu Daud, Bab Pakaian / Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Tirmizi, Bab Jihad & Pakaian/ Sunan Nasai’e, Bab Perhiasan)

2. ‘Amr ibn Huraith RH berkata :”Daku melihat Rasulullah s.a.w memakai serban hitam

( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian, Hadis 3584/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian, Hadis 4077/ Sohih Muslim, Bab Haji, Hadis 1359/ Sunan Nasai’e)

3. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Saya masih ingat Rasulullah s.a.w berkhutbah memakai serban hitam di kepalanya dan shamlah (ekor serban) berada di antara dua bahu baginda”.

( Sohih Muslim dan Sunan Nasai’e)

4. ‘Amr ibn Hiraith RH berkata : Daku melihat Rasulullah s.a.w berkhutbah dengan memakai serban hitam di kepala baginda yang mubaraj (diberkati)

      ( Sunan Ibnu Majah, Bab Pakaian/ Sunan Abu Daud, Bab Pakaian/ Sohih Muslim, Bab Haji)

5. Ibnu Umar RH meriwayatkan : Apabila Rasulullah s.a.w memakai serban, baginda akan membiarkan ekor serban baginda itu di antara bahu iaitu di belakang.

       Nafi’ RH berkata : Aku telah lihat Abdullah bin Umar RH meniru cara yang sama

      Ubaidullah salah seorang murid Nafi’ RH berkata : Daku melihat Qasim bin Muhammad ( cucu Abu Bakar RH) dan Alim bin Abdullah ( cucu Umar RH) juga mengikut cara yang sama

      ( Sunan Tirmizi , Bab Pakaian, Hadis 1736)

6. Ibnu Abbas RH melaporkan : Rasulllah s.a.w pernah menyampaikan khutbah memakai serban hitam atau lilitan kain (yang ada kesan minyak rambut)

(Sohih Bukhari, Bab Manaqib)

7. Sabda nabi s.a.w : Pakailah serban selalu kerana ia menambah kesopanan seseorang

( Fathul Bari)

       Seorang telah bertanya Abdullah ibnu Umar RH : Adakah memakai serban adalah sunnah?”. Jawab beliau : Benar! Ia adalah sunnah

8. Tersebut dalam sebuah hadis : Biasakanlah memakai serban kerana ia adalah tanda Islam dan membezakan antara Islam dan kafir

Rujukan :

1. Syamail Tirmizi, Abu Isa Muhammad bin Isa bin Sawra at-Tirmizi

2. Khasail Nabawi s,a,w Syarah Syamail Muhammadiyyah s.a.w, Muhammad Zakaria Kandhalawi

Labels:

Kelebihan shalat sunat rawatib zuhur

Hadis riwayat ahmad dan ash-hab al-sunan dari ummu habibah

"Barangsiapa yang bersholat sebanyak 4 rakaat sebelum zuhur dan 4 rakaat sesudahnya maka Allah mengharamkan dagingnya dari api neraka"

Labels:

Amalan sunat

Sabda rasulullah saw yang bermaksud:

Orang yang paling kuat ibadahnya ialah orang yang warak sekalipun sedikit amalan sunatnya

Ertinya seorang yang warak iaitu yang tidak melalukan maksiat adalah dikira orang yang banyak ibadahnya.walaupun ibadah sunatnya tidaklah banyak.

Sebaliknya seorang yang melakukan maksiat walaupun banyak amalan sunatnya tidaklah dikira sdbagai orang yang benar-benar berbakti kepada allah. Sebabnya ialah meninggalkan maksiat itu fardhu sedangkan sunat tidak setinggi fardhu.

Labels:

Wednesday, 25 June 2014

Puasa qada dan puasa wajib atau nazar


Puasa Qada ialah puasa yang wajib ditunaikan kerana bagi menggantikan puasa yang telah ditinggalkan pada bulan Ramadan dahulu diatas sesuatu sebab ataupun kelonggaran yang diizinkan oleh syarak seperti sakit tenat, bermusafir, haid, nifas, bersalin dan sebagainya. Puasa Ramadan yang ditinggalkan adalah wajib diqada sebanyak hari yang ditinggalkan itu sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Allah dalam firman-Nya yang tafsirnya :
"Maka wajiblah dia berpuasa sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain."
(Surah Al-Baqarah : 184)

Puasa nazar wajib ditunaikan apabila kita telah berperoleh ataupun berjaya mendapatkan sesuatu apa yang kita ingini itu. Jika apa yang kita nazarkan itu tidak berjaya maka tidaklah wajib keatas kita untuk menunaikan nazar tersebut. Contohnya seperti berkata seseorang itu sekiranya ditakdirkan isteriku melahirkan anak perempuan maka aku bernazar untuk berpuasa satu hari. Jika betul ia mendapat anak perempuan maka wajiblah ia berpuasa.

Apabila bertemu wajib dan wajib,maka perlu laksanakan kedua-duanya secara berasingan kerana niatnya kedua-dua puasa ini berbeza.  Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka.

MATLAMAT puasa jika dikerjakan dengan penuh penghayatan akan dapat membentuk manusia menjadi orang yang bertakwa sebagaimana perkara ini dijelaskan oleh Al-Quran.

Di samping itu puasa juga merupakan ibadat yang istimewa di sisi Allah Subhanahu Wataala kerana setiap ganjaran atau balasan kepada orang yang berpuasa diberikan dan dinilai oleh Allah Subhanahu Wataala sendiri sebagaimana yang disebut oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, Baginda bersabda yang maksudnya :

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Allah Subhanahu Wataala berfirman : "Setiap amalan anak Adam (manusia) adalah untuknya (dapat diperiksa sendiri dan dinilai baik buruknya), melainkan amalan puasa, maka sesungguhnya puasa itu adalah untuk-Ku (Aku sendiri yang dapat memeriksa dan menilainya) dan oleh sebab itu Aku sendirilah yang akan menentukan berapa banyak balasan yang perlu diberikan kepada mereka yang berpuasa."
(Hadis riwayat Bukhari).

Labels:

Tuesday, 24 June 2014

Hadis rasulullah saw

RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

أن النبي صلى الله عليه وسلم رقى المنبر فقال : آمين ، آمين ، آمين قيل له : يا رسول الله ، ما كنت تصنع هذا ؟ فقال : قال لي جبريل : رغم أنف عبد أدرك أبويه أو أحدهما لم يدخله الجنة ، قلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف عبد دخل عليه رمضان لم يغفر له ، فقلت : آمين ، ثم قال : رغم أنف امرئ ذكرت عنده فلم يصل عليك ، فقلت : آمين

Maksud hadis: Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda:

Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:

“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya"

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]

Labels: